Ameng & A.Aida dapat menantu, lepaskan 50 ekor burung simbolik pernikahan
Penerbit terkenal, Datuk A. Aida serta bekas suaminya, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail telah selamat menerima seorang menantu apabila anak perempuan mereka, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Zain Azrai Abdul Aziz dengan sekali lafaz pada pukul 11.15 pagi tadi.
Memetik laporan dari Mstar, pasangan berkenaan telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ameng dengan disaksikan Penolong Pendaftar dan Imam Genting Highlands, Fawwaz Zarin Che Lah.
Ada pelepasan burung lepas majlis nikah
Difahamkan, Aleesa telah menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 dan wang hantaran berjumlah Rm25,000 beserta seutas gelang emas. Mereka juga telah melangsungkan pernikahan di Kasturi D Manggis, Janda Baik, Pahang.
Selepas selesai majlis ijab kabul, pasangan pengantin telah melepaskan 50 ekor burung merpati sebagai sembolik ke atas pernikahan mereka.
Bersyukur anak bertemu jodoh
A.Aida yang kelihatan sebak akui berasa hiba kerana akan melepaskan anak perempuannya, namun tetap bersyukur kerana Aleesa sudah bertemu jodoh.
“Akhirnya mama terpaksa lepaskan Aleesa juga kepada orang lain yang akan menjaga awak nanti.
“Terima kasih Aleesa kerana menjadikan mama seorang wanita sempurna sebagai ibu,” ucapnya dalam nada sebak.
Anak dan menantu bakal PJJ
Dalam pada itu, Aleesa memaklumkan belum ada perancangan untuk berbulan madu memandangkan selepas ini dia akan terbang ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran.
Dia dan suami akan berjauhan buat sementara memandangkan Zain perlu bekerja di Kuala Lumpur.
“Syukur semua yang dirancang menjadi kenyataan dan majlis berjalan lancar.
“Selepas bergelar isteri saya akan akan ke Indonesia bagi meneruskan kuliah di sana. Jadi kami tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat.
“Kami kena jadi pasangan jarak jauh sebab komitmen masing-masing. Walau pun berat tetapi kami kena kuat untuk kebaikan masing-masing,” katanya.
Untuk rekod, anak kepada penerbit dan penyanyi terkenal itu telah melangsungkan pertunangan kira-kira dua bulan lepas. Momen pertunangannya menjadi perhatian apabila A.Aida turut menjemput Ameng di majlis terbabit.
Ameng dan Datuk A.Aida pernah mendirikan rumah tangga pada 1994 namun berpisah pada tahun 2001. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Wan Az Aleesa, 27, dan Wan Azevanatassha, 22
Sumber: Mstar (Faiz Izzat)
The post Ameng & A.Aida dapat menantu, lepaskan 50 ekor burung simbolik pernikahan appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/hucKnpz
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment