Rugi RM10,000 sebab ‘chiller’ rosak, Kieda menangis crepe terpaksa dibuang
Penangan Kieda Crepe yang viral di TikTok membuatkan usahawan, Khalieda Yusra dikenali ramai lebih-lebih lagi dengan pelbagai dessert yang dijual di kedainya.
Namun, menerusi perkongsian terbaru usahawan itu di TikTok, dia telah memuat naik video terpaksa membuang crepe yang telah rosak ke dalam tong sampah memandangkan chiller tempat meletakkan dessert berkenaan rosak secara tiba-tiba.
Menangis rugi dekat RM10,000
Kieda yang memaklumkan jumlah kerugian hampir RM10,000 menangis mengenangkan semua crepe terpaksa dibuang kerana sudah tidak dapat diselamatkan.
@kiedacrepe Sedih tengok makanan kena buang macam ni . Letih buat pakai tenaga semua #kiedacrepe #kiedacrepetour #hqkiedacrepe_penang
Mungkin bukan rezeki
Ujarnya lagi, hampir 500 bekas crepe terpaksa dibuang dan sedih mengenangkan kerja keras para pekerja untuk menyiapkan semua dessert tersebut sebelum dijual kepada para pelanggan.
Walau bagaimanapun, Kieda tetap berlapang dada dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian untukknya sebagai seorang peniaga.
@crepekiedapenang Takpa , kieda kuat. Takda rezeki kami . Esok kita usaha lain #kiedacrepetour #kiedacrepe #hqkiedacrepepenang
Kerugian besar, Allah ganti keuntungan besar
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada usahawan itu dan juga para pekerjanya untuk bersabar dengan dugaan yang diberi.
Mereka juga berharap apa yang telah terjadi memberikan hikmah kepada mereka dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik di kemudian hari.
Allah nak ganti dengan yang lebih baik
Ujian Allah untuk hambanya yang bersabar
Allah nak bagi lebih banyak
Semoga Kieda & team kuat terima ujian
Sumber: TikTok Kieda Crepe
The post Rugi RM10,000 sebab ‘chiller’ rosak, Kieda menangis crepe terpaksa dibuang appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/Q4NLKJ3
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment