Header Ads

Dakwa Nabi Muhammad adalah Allah, pengasas Ajaran SI Hulk siap ada produk sendiri

Sejak kebelakangan ini, tular berkenaan ajaran sesat Si Hulk yang dikatakan menarik minat ramai golongan muda terjebak dalam fahaman tersebut.

Tular video sekeluarga akui Nabi Muhammad adalah Allah

Tak hanya itu, video menunjukkan satu keluarga mengakui bahawa Nabi Muhammad S.A.W memegang jawatan Allah dan Allah itu adalah Nabi Muhammad. Manakala, Nabi Muhammad adalah mereka sendiri.

@syafiq_ramli_

Semoga diorang kembali ke pangkal jalan… #fyp #tiktok

♬ original sound – Syafiq Ramli – Syafiq Ramli

Jadikan 1 Muharram tempoh perbaharui ikrar

Difahamkan, pengasas kepada ajaran tersebut adalah seorang lelaki dikenali sebagai Suhaini bin Mohamad telah menggunakan 1 Muharram sebagai tempoh memperbaharui ikrar ajaran mereka.

Pengasas sudah larikan diri. Pernah ada produk sendiri

Walau bagaimanapun, menerusi laporan media tempatan pengasas kepada ajaran tersebut dikatakan telah melarikan diri ke New Zealand bersama beberapa ahli kumpulan yang lain. Ajaran SI Hulk ini juga telah tersebar sehingga ke beberapa negeri seperti Melaka dan Johor serta menjadikan pelajar sebagai target utama.

Untuk makluman, SI Hulk merupakan singkatan kepada ‘Society of Islamic Holisticism Universal Linkage Knowledge’ dan mula giat beroperasi sebagai perniagaan menjual air minuman yang dicampur madu. Ujar pengasas kepada SI Hulk, campuran air tersebut mampu merawat sihir dan Covid.

Ada 4 pegangan menyeleweng

Setelah perniagaan tersebut berkembang barulah wujud fahaman terbabit yang dikenali sebagai SI Hulk dan dengan jelas telah mensyirikkan Allah S.W.T.

Antara empat pegangan SI Hulk ini adalah Allah itu adalah Nabi Muhammad, Muhammad itu Allah, Nabi Muhammad tidak mempunyai kemaluan, Nabi tidak mempunyai jantina dan Segala perbuatan nabi adalah lakonan semata-mata.

Difahamkan, ajaran tersebut telah difatwakan sesat pada 2021 dan pengasasnya juga dikatakan pernah bertaubat tetap melakuaknnya semula. Namun. pada 2023, ajaran tersebut telah diharamkan secara total.

Sumber: Facebook Hashim Kawsin, TikTok 

The post Dakwa Nabi Muhammad adalah Allah, pengasas Ajaran SI Hulk siap ada produk sendiri appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/eiB8Gtb
sumber : ohmymedia.cc

No comments