Khairul Aming ‘kaki hasut’, ramai teruja nak cuti & nikmati syurga makanan Hat Yai
Nama personaliti media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarya Khairul Amin Kamaruzaman sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia kerana dia sering berkongsi video masakan dan menjadi ikutan ramai.
Malah, setiap perbuatannya sentiasa menjadi perhatian ramai dan boleh dikatakan ‘model’ kepada golongan muda untuk berjaya tanpa menggunakan konten publisti murahan bagi menarik warga maya.
Hatyai, syurga makanan
Terbaharu, hantaran dikongsikan oleh jejaka kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang di platform Twitter dan TikTok sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi komplikasi video sepanjang berada di Hat Yai, Thailand, baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Khairul Aming yang juga seorang usahawan ‘sambal nyet’ hangat di pasaran menyenarikan sembilan buah gerai atau lokasi makanan menarik dan pastinya halal buat mereka yang mahu berkunjung di Hat Yai kelak.
Antaranya adalah Kaitod Meena, Klong Hae Floating Market, Lee Garden Night Market, Kai-Tod Decha, nimbycoffeehouse, Central Festival Hatyai, Khlong Hae Buffet Seafood Halal, ASEAN Night Bazaar Hatyai dan Food Villa yang boleh dikunjungi oleh orang ramai kerana menawarkan banyak makanan menarik.
@khairulaming Dari pagi sampai malam tak berhenti makan dekat Hat Yai ni. Sedap and murah makanan kat sana Siapa sini dah pernah pergi? cuba share tempat favourite korang #CutiCutiTikTok #makanlokal #foodfestontiktok
Khairul Aming turut mengakui Hatyai yang sememangnya menjadi destinasi mesra Muslim adalah syurga makanan yang menawarkan menu-menu yang tidak pernah mengecewakan dan tidak henti dijual.
“Hat Yai ni memang betul syurga makanan. Dari pagi sampai malam tak henti makan. Sedap dan makanan murah di sana. Ini sembilan tempat makan di Hat Yai yang kami (Khairul Aming dan rakan-rakan) singgah pada minggu lepas,”tulisnya.
Bestnya! Tak sabar nak pergi juga
Hantaran tersebut menerima banyak reaksi di kalangan warganet di mana mereka juga teruja dan tidak sabar untuk kembali berkunjung bagi mencuba beberapa tempat makanan menarik yang masih belum dicuba.
Khairul Aming dah kurus
Sementara itu, segelintir warganet memuji perubahan fizikal Khairul Aming yang kelihatan sedikit kurus jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Sumber: Twitter @khairulaming, TikTok @khairulaming
The post Khairul Aming ‘kaki hasut’, ramai teruja nak cuti & nikmati syurga makanan Hat Yai appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/RNeCy9u
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment