Header Ads

Meninggal ketika dirawat, kes Dea Maisarah sedang disiasat – Menteri Kesihatan

Kejadian seorang kanak-kanak perempuan, Dea Maisarah Bada yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau memohon kerjasama semua pihak untuk menghormati privasi keluarga kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Kejadian sedang dalam siasatan

“Mewakili kementerian, saya amat bersimpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Dea Maisarah Bada.
“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah aman dan berada dalam lindungan Yang Esa. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah,” katanya di laman Facebook malam tadi.

Pada khamis, HTAR memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital tersebut baru-baru ini.

Pihak HTAR sedang siasat

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya merujuk kepada video tular di aplikasi TikTok berhubung kematian kanak-kanak berkenaan.

“Pesakit (kanak-kanak itu) hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lalu dalam keadaan lemah dan telah diberikan rawatan sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan.
“Namun, pesakit tidak dapat diselamatkan. Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, bapa kanak-kanak terbabit Bada Hussein mendakwa anaknya yang mengalami penyakit sesak nafas diikat ketika menerima rawatan lanjut di hospital tersebut.

Malah, dia juga mendakwa pihak hospital bertindak membuat laporan palsu mengatakan anaknya sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) sewaktu dibawa ke hospital.

Luahan bapa Dea Maisarah

Jenazah Dea Maisarah

Sumber: Facebook Dr Zaliha Mustafa, HTAR, Mijot Armiza & Mr Wan Cai Official

The post Meninggal ketika dirawat, kes Dea Maisarah sedang disiasat – Menteri Kesihatan appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/apDBjq0
sumber : ohmymedia.cc

No comments