Soal jodoh Syamsul bukan lagi urusan, Yusof Haslam nafi hanya ingin menantu ‘kaya’
Penerbit popular, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan anaknya Syamsul Yusof akan berkahwin lagi dengan anak pemilik sebuah syarikat permotoran.
Menerusi satu temu bual bersama program hiburan Melodi, Yusof berkata beliau dan isterinya Datin Patimah Ismail tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.
@melodiberapi Tangisan dan luahan hati seorang ayah yang rindu dan menantikan anaknya pulang #meloditv3 #datukyusofhaslam #syamsulyusof #ceritaartismalaysia #sensasi #panas #gosip #fypシ゚viral
Beliau berkata, kisah antara Syamsul dan wanita tersebut hanya diketahui menerusi aplikasi TikTok sekali gus terkejut dengan berita berkenaan.
“Sebenarnya, terus terang saya pun terperanjat bila tengok dan baca dalam TikTok. Saya dan isteri tak tahu sama ada dia ada hubungan dengan wanita itu. Benda ni di luar pengetahuan kami,” katanya.
Yusof menjelaskan, perkara itu mungkin tidak benar kerana sebelum ini Syamsul pernah membeli kereta dan berkemungkinan pemilik kereta berkenaan mempunyai anak perempuan.
“Saya rasa mungkin tidak. Benda tu mungkin berlaku semasa dia membeli kereta dahulu dan kenal dengan pemilik kereta itu dan anak perempuannya.
“Lagipun saya tengok gambar-gambar itu dah lama tapi apa jadi sekalipun saya tak boleh menjawab persoalan itu, yang boleh menjawab Syamsul sendiri,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau turut menafikan tindakan isterinya yang meninggalkan tanda suka atau ‘like’ pada gambar wanita tersebut adalah tanda mereka merestui hubungan itu.
“Isteri saya letak tanda suka gambar itu bukan bermakna dia merestui mereka. Kadang-kadang dia letak tanda suka tu menunjukkan dia menonton.
“Dalam zaman dunia siber sekarang ni, orang boleh buat macam-macam. Tapi kami pasrah sahaja,” jelasnya.
Sementara itu, beliau enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan isteri Syamsul iaitu Ira Kazar akan dimadukan dengan wanita terbabit.
“Itu saya tak mahu komen. Soal Ira dan Syamsul dah jadi suami isteri atau soal dia nak madukan kerana itu bukan urusan saya.
“Lagipun dah lama kami tak berjumpa. Soal jodoh dia, itu bukan lagi urusan saya dengan isteri saya,” katanya.
Selain itu, beliau juga memohon kepada netizen untuk berhenti mengaitkan isterinya yang merestui hubungan Syamsul bersama wanita tersebut kerana harta.
Beliau turut menyatakan siapa sahaja pilihan anaknya, dia dan isterinya tidak akan menghalang malah akan merestuinya.
“Mohon kepada netizen untuk berhenti kaitkan isteri saya yang kononnya merestui hubungan Syamsul dengan wanita itu kerana dia kaya.
“Saya dan isteri saya tak pernah anggap diri kami kaya dan kami tak pernah memilih untuk dapatkan menantu yang kaya.
“Kami pun hamba Allah, apa yang kami dapat rezeki dari Dia jadi jangan kaitkan soal kaya dan nak menantu yang sama taraf,” tambahnya.
Mengulas mengenai doa warga maya yang mahu hubungan Syamsul dan isteri berakhir disamping menikahi wanita itu, Yusof berkata netizen boleh membuat andaian sendiri dalam dunia imaginasi mereka.
“Saya tak pernah doakan mereka bercerai dan bagi saya mereka ada kehidupan masing-masing. Saya sebagai orang tua Syamsul, saya hanya doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Syamsul didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang juga merupakan ahli perniagaan sehingga menjadi bualan ramai.
Netizen memetik nama Syamsul susulan foto menyambut hari lahir bersama rakan dan wanita berkenaan tular dalam media sosial.
Sumber: TikTok Melodi, Instagram Patimah Ismail
The post Soal jodoh Syamsul bukan lagi urusan, Yusof Haslam nafi hanya ingin menantu ‘kaya’ appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/Rc3ZNJd
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment