Header Ads

Dua dekad jadi penyanyi, Liza Hanim umum konsert solo Februari depan

Selepas dua dekad dalam industri seni suara, penyanyi Liza Hanim umum bakal mengadakan konsert solo pertamanya di Zepp Kuala Lumpur, pada 4 Februari tahun depan.

Menurut Liza atau nama penuhnya Haliza Hanim Abd Halim, dia berjanji tidak mahu mengecewakan peminat pada konsert Liza Hanim 27 Years Journey In Concert itu dengan mempersembahkan lagu-lagu popularnya.

Liza Hanim umum konsert solo

Liza Hanim umum konsert solo

“Tentulah saya sangat teruja untuk mengadakan konsert setelah 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian.
“Lebih mengujakan selain akan mendendangkan lagu-lagu popular dan malar segar dahulu, saya akan membawakan single terbaru yang dihasilkan oleh komposer hebat, Ajai iaitu Mengertilah,” katanya.

Sebelum itu, dia mengumumkan penganjuran konsert tersebut selepas selesai membuat persembahan di konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keenam pada Ahad lalu.

Artikel berkaitan: Liza Hanim ‘tidur’, netizen pula terhibur lihat reaksi Alif Satar diumum pemenang!

Liza Hanim umum konsert solo

Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, momen pertemuan bersama peminat disifatkan lebih bermakna kerana ia adalah penghargaan kepada semua yang tak jemu kariernya selama ini.

“Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bukan sekadar tentang saya akan mendendangkan lagu-lagu layaknya sebuah konsert.
“Tetapi adalah tentang pertemuan intim saya bersama peminat setia serta berkenalan dengan peminat baharu yang baru mengenali lewat single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti GV,” ujarnya.

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert dibawakan oleh LH Media SB dengan kerjasama Laugh Out Loud Entertainment.

Tiket-tiket berharga RM228 (CAT 3), RM288 (CAT 2), RM358 (CAT 5), RM388 (CAT 1), RM398 (CAT 4),
RM8,000 (VIP BOX) dan RM189 (MEET & GREET) boleh dibeli menerusi www.myticketempire.com.

Liza Hanim umum konsert solo

Untuk rekod, Vokal Terbaik Juara Lagu 2003 itu memulakan karier dengan muncul menjadi finalis pertandingan Golden Teen Search oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selain mempunyai tujuh album penuh, Liza meraih pelbagai kejayaan seperti Juara Bintang Penghibur RTM 1999, Naib Juara di Festival Muzik Shanghai, China (2000) dan Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik AIM 2022.

The post Dua dekad jadi penyanyi, Liza Hanim umum konsert solo Februari depan appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/X6NTbW4
sumber : ohmymedia.cc

No comments