Shuhada dedah Hafidz Roshdi buat ‘report’ JKM -“Kononnya saya abai dan dera anak”
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah datang ke rumahnya selepas menerima laporan daripada bekas suaminya, baru-baru ini.
Hafidz Roshdi report JKM
Menurut Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, Hafidz membuat laporan kepada JKM kononnya dia mendera dan mengabaikan kedua-dua anak mereka.
Shuhada berkata, dirinya tidak tergamak untuk berbuat demikian terhadap dua anak kandungnya, Umar dan Humairah selain menyifatkan tindakan Hafidz adalah zalim.
“Baru-baru ini, tiba-tiba JKM datang rumah selepas ada aduan dari pihak sana (Hafidz) kononnya saya abai dan dera anak.
“Jangan sebab rasa marah pada saya sebelum ini, dia sanggup nak zalimi anak-anak pula. Mereka rasa trauma apabila dua orang datang rumah ramai-ramai.
“Proses itu juga memakan masa lama kerana pihak JKM perlu buat siasatan dan ambil gambar.
“Kalau betul saya dera anak, mereka akan duduk dengan JKM. Sanggup ke dia sebagai bapa lihat perkara itu?” katanya.
Bekas isteri Hafidz Roshdi itu berkata demikian di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.
Artikel lain: Hafidz Roshdi dakwa ada bukti Shuhada minta kos gugurkan kandungan
Minta Hafidz Roshdi jangan pentingkan diri
Tegas Shuhada, dia juga tidak pernah menghalang Hafidz untuk datang bertemu dengan anak-anak mereka. Namun, kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh bekas suami terhadapnya.
Dia juga meminta Hafidz untuk tidak mementingkan diri sendiri sehingga menyulitkan lagi keadaan sedia ada, lebih-lebih lagi berkaitan ‘dera dan abai anak’.
“Kalau dia nak datang jumpa anak boleh berhubung melalui peguam saya. Datang saja bila-bila masa. Kami telah gagal dalam perkahwinan tetapi janganlah bebankan anak-anak yang tidak bersalah.
“Jangan pentingkan diri dan menyulitkan lagi keadaan. Saya juga tertanya-tanya mengapa dia tergamak membuat laporan sebegitu terhadap saya?” katanya lagi.
Culas bab nafkah anak2
Dalam pada itu, Shuhada turut mendedahkan bekas suaminya turut culas dalam bab membayar nafkah dua anak mereka.
Dia bagaimanapun enggan mengulas mengenai jumlah bayaran nafkah, sebaliknya menyerahkan ia dijelaskan oleh Hafidz sendiri.
“Mengenai jumlah bayaran nafkah, tanyalah dia sendiri. Dia beri nafkah ikut suka hati dia sahaja,” ujarnya.
Jelas Shuhada lagi, tujuan dia memasukkan nama ibunya berhubung hak dan tuntutan penjagaan anak adalah kerana ibunya antara individu yang banyak membantu menguruskan Umar dan Humairah.
“Sejak dahulu lagi ibu saya memang banyak membantu menjaga anak-anak, jadi sekarang ini apabila menjadi ketua dalam keluarga saya pula perlu keluar bekerja.
“Sebab itu perlu ada nama ibu sebagai penjaga bersama. Saya rasa tidak salah untuk masukkan nama ibu saya.
“Anak-anak selesa dengan saya dan biarkanlah saya terus menjaga mereka,” jelasnya.
Untuk maklumat, isu tuntutan hak penjagaan dua anak pasangan ini telah berlarutan sejak 1 April lalu selepas memfailkan dua hadanah iaitu penuh dan interim pula pada 12 Mei terhadap Humairah dan Umar.
Difahamkan, hadanah interim difailkan agar anak guamnya diberi hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.
Artikel lain: Shuhada dedah Hafidz Roshdi ‘kantoi’ pergi bazar dengan skandal
Untuk rekod, Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: FB mStar Online
The post Shuhada dedah Hafidz Roshdi buat ‘report’ JKM -“Kononnya saya abai dan dera anak” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/nFkXpch
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment