Kecoh gosip Syamsul ceraikan isteri, Datin Patimah tak nak tahu tentang Ira Kazar
Sejak pagi tadi, tular di media sosial khabar angin kurang sedap didengar melibatkan pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar yang didakwa telah berpisah oleh sesetengah netizen.
Khabar angin tentang perpisahan?
Walaupun dakwaan tersebut tidak menyebut sebarang nama dan hanya mengatakan bahawa ‘pengarah terkenal’ dan isterinya ‘anak pelakon veteran’ namun ramai yang mengagak bahawa individu berkenaan adalah pasangan kontroversi itu.
Tak nak ambil tahu tentang Ira Kazar
Susulan daripada dakwaan tersebut, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail menerusi Harian Metro memaklumkan yang dia enggan mengambil tahu langsung berkenaan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, 27.
Baginya, hanya Puteri Sarah sahaja menantunya dan enggan lagi memberi komen terutamanya buat ‘isteri tidak berdaftar’.
“Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.
“Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen,” katanya.
Suami Ira Kazar lama tak jenguk ibu bapa
Dalam pada itu, Datin Patimah juga enggan memanjangkan lagi kenyataan yang dibuat suaminya, Datuk Yusof Haslam baru-baru ini berkenaan tindakan Syamsul yang sudah lama tidak pulang ke rumah bagi menjenguk mereka.
“Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi.
“Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini,” katanya.
Artikel lain: Yusof Haslam bimbang Syamsul menyesal, bertahun tak balik jengah ibu bapa
Terdahulu, dalam satu temubual, Datuk Yusof telah memaklumkan yang pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu sudah lama tidak pulang ke rumah orang tuanya dan kali terakhir berhubung adalah tahun lalu.
Dia juga sempat mengingatkan kepada bekas suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana berkenaan supaya tidak menyesal di kemudian hari jika ibu bapanya sudah tiada nanti.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
The post Kecoh gosip Syamsul ceraikan isteri, Datin Patimah tak nak tahu tentang Ira Kazar appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/wV54e7o
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment