Header Ads

Ustazah Asma’ kecewa, dialog Janna Nick di Tanah Suci tiada sensitiviti kepada Islam

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun kecewa dengan dialog Janna Nick dalam Surat Dari Tuhan yang menggunakan perkataan makam Nabi dan Masjid Nabawi dalam dialog kurang enak didengari.

Beliau menyampaikan teguran tersebut dalam satu siaran langsung di TikTok sebelum sebahagian sedutan dikongsi semula oleh sebuah akaun @izamuhamad_lerve.

Menerusi rakaman berdurasi 10 minit itu, Ustazah Asma’ meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan pihak produksi drama bersiri berkenaan.

Ustazah Asma’ kecewa dialog Janna Nick

@izamuhamad_lerve

Teguran kasih sayang dari ustazah dan kami #dramatv3 #suratdarituhan #tv3

♬ bunyi asal – Iza Muhamad – Iza Muhamad

“Lakonan itu dibuat di Tanah Suci di hotel yang nampak latar belakang Masjid Nabawi. Saya kata, macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ni, menggunakan makam Nabi.
“Walaupun tak bersumpah, dia sebutkan dialog tu sambil menunding jari ke Masjid Nabawi dan saya sangat yakin itu Masjid Nabawi.
“Atas dasar apa pun dialog itu, saya pasti perkataan itu tidak layak dan tidak wajar dijadikan dialog,” katanya.

Selepas menonton sedutan babak tersebut, beliau seolah-olah sukar mempercayai bahawa pelakon telah melontarkan perkataan itu di Tanah Suci.

Ustazah Asma’ menjelaskan, individu sepatutnya menjaga lidah, akhlak dan perbuatan tidak kira sebarang tujuan ke Tanah Suci.

“Sedangkan kita diajar jaga lidah, jaga akhlak dan jaga perkataan di Tanah Suci. Di mana etika ketika berlakon di Tanah Suci?,” ujarnya.

Selain itu, pendakwah berusia 40 tahun itu turut mempersoalkan adakah pelakon tersebut tidak rasa bersalah sewaktu merakam babak terbabit.

“Tak rasa bersalah ke bila nak rakam babak itu, maksudnya tak boleh sebut makam Rasulullah.
“Tempat yang paling suci, tempat yang paling indah dan tempat yang seluruh umat Islam mendambakan untuk pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini?
“Sedangkan nak berjanji perkara yang baik pun, kita ni macam tak layak dan tak mampu sebab kita tahu kita lemah,” katanya.

Artikel lain: Janna Nick mengaku perli GV10, sedar ramai ‘haters’

Tambah beliau, pelakon seharusnya menolak untuk membaca skrip tersebut di Tanah Suci kerana sebagai seorang manusia yang sudah merdeka, mereka mempunyai hak untuk menidakkan dialog berkenaan.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata jika tegurannya dijawab dengan alasan babak itu bukan dirakam di Tanah Suci, perkataan makam Nabi itu tetap dilarang untuk disebut.

Ustazah Asma’ juga mengingatkan kepada mana-mana pihak produksi dan penulis skrip bahawa mereka sentiasa diperhatikan oleh netizen.

Sekadar info, drama itu mengisahkan tentang Misha (Janna Nick) seorang menantu jahat yang mendera ibu mentuanya Rafilah (Sheila Mambo).

Terdahulu, sedutan promo memaparkan babak antara Misha dan ibu mentuanya di dalam bilik hotel ketika mereka sedang menunaikan umrah.

Babak itu memperlihatkan Misha berkata ‘depan makam Nabi ini, kalau Ryan benci aku, kat Tanah Suci ni juga kau mampus’ kepada ibu mentuanya.

Disebabkan perkataan itu, rata-rata netizen mengecam pelakon dan pengarah drama kerana bersetuju untuk menggunakan dialog tersebut di Tanah Suci.

Warga maya juga mengecam babak dalam bas yang memaparkan Misha memarahi seorang ustaz yang sedang memberikan tazkirah.

Selain itu, Misha juga mengutuk tempat yang mereka lalui busuk dan menjerit meminta ustaz tersebut bergerak dengan cepat.

Drama arahan Pali Yahya ini dibintangi oleh Janna Nick, Shukri Yahaya, Ummi Nazeera dan ramai lagi yang mula ditayangkan semalam menerusi slot Samarinda TV3.

Sumber: TikTok @izamuhamad_lerve, X @ciraplaici

The post Ustazah Asma’ kecewa, dialog Janna Nick di Tanah Suci tiada sensitiviti kepada Islam appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/JBksytd
sumber : ohmymedia.cc

No comments