Puteri Sarah bangga Syaikhul jadi imam solat semasa graduasi
Pelakon popular Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa bangga terhadap kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah atas pencapaian mereka di sekolah.
Menerusi muat naik di InstaStory, Puteri Sarah berkongsi beberapa foto dan video majlis graduasi anak-anaknya yang berlangsung pada Ahad lalu.
Dalam perkongsian tersebut, pelakon berusia 37 tahun itu memaklumkan dia baru sahaja tiba dari Jakarta sebelum bergegas ke majlis berkenaan.
“Dari Jakarta. Baru mendarat terus pergi majlis graduasi abang dan adik. Penat tapi demi anak-anak,” katanya.
Artikel lain: “Dia tak ada kena mengena dengan awak” -Puteri Sarah dedah Andi Arsyil kena ‘stalk’
Menerusi perkongsian lain, satu video menunjukkan Puteri Sarah bangga anaknya, Syaikhul jadi imam solat untuk rakan-rakan sekolah yang lain.
Puteri Sarah bangga Syaikhul jadi imam
“Allahuakbar, Syaikhul Islam jadi imam untuk kawan-kawan dia yang lain. Bangga dengan abang,” ujarnya.
Pelakon drama Suri Hati itu juga meluahkan rasa sebak melihat Syaikhul yang membesar dengan cepat sekali gus akan memasuki sekolah rendah pada tahun hadapan.
Dia turut memuat naik gambar kedua-dua anaknya dengan kapsyen mengucapkan tahniah kepada Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada anak-anak Puteri Sarah disamping mendoakan kebaikan buat mereka.
Semoga jadi anak soleh dan solehah
Semoga membesar dengan sihat
Semoga menjadi anak yang bijak dan beriman
Malah, tidak ketinggalan bagi ibu mentua kepada Puteri Sarah yang meluahkan rasa syukur atas pencapaian cucu-cucunya.
Alhamdulillah
Untuk rekod, Puteri Sarah pernah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Bagaimanapun, pasangan itu telah bercerai talak satu di hadapan Hakin Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada Jun lalu.
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana
The post Puteri Sarah bangga Syaikhul jadi imam solat semasa graduasi appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/hpKBxHe
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment