Header Ads

Kurang sihat, Anuar Zain tetap hiburkan 8,000 peminat pada konsert AZ40

Meskipun kurang sihat, penyanyi popular Anuar Zain berjaya membawa persembahan memukau pada konsertnya, Anuar Zain 40th Anniversary (AZ40) sempena ulang tahun ke-40 dalam industri muzik pada Sabtu lalu.

Anuar Zain tetap hiburkan 8,000 peminat

konsert AZ40

Tidak kisah cuaca hujan berpanjangan, seramai 8,000 peminat membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam demi memberi sokongan terhadap penyanyi tersebut dari awal perjalanan sehingga empat dekad sebagai anak seni.

20 lagu dipersembahkan!

Penyanyi berusia 53 tahun itu menyanyikan 20 buah lagu hitsnya seperti Secucinya Cintamu, Bila Resah, Mungkin, Sedetik Lebih, Keabadian Cinta dan Lelaki Ini selain dijayakan bersama 25 pemuzik handalan tanah air.

konsert AZ40

Malah, rakan artis juga tidak ketinggalan memberikan sokongan termasuk kakaknya sendiri, Ziana Zain, Datuk Sheila Majid, Misha Omar serta anak saudaranya, Ernie Zakri dan suami Syamel.

Konsert AZ40 anjuran JioBuddy itu turut berkolaborasi dengan Altus Prohouse bersama rakan radio rasmi, Sinar FM dan disokong oleh ERA FM selain rakan digital rasmi Astro Gempak.

konsert AZ40

The post Kurang sihat, Anuar Zain tetap hiburkan 8,000 peminat pada konsert AZ40 appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/i31zTN5
sumber : ohmymedia.cc

No comments