Header Ads

Shakilla Khoriri terkilan, mulut anak kena tekup dalam foto nikah bekas suami

Pelakon wanita, Shakilla Khoriri, 34 meluahkan rasa geram apabila anaknya, Ameena Sofia didakwa dikasari seseorang sewaktu bergambar keluarga bersama bekas suami yang baru mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.

Anak kena tekup mulut ketika bergambar

Menerusi laporan dari Mstar, Shakilla memaklumkan yang anak kepada isteri baru bekas suami dikenali sebagai Siti Zulaikha telah menekup mulut Ameena sewaktu bergambar bersama-sama.

“Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok… Sekeping foto yang dimuat baik memperlihatkan anak perempuan (isteri Fizi) menekup mulut anak saya.
“Sebagai seorang ibu saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas,” katanya.

Shakilla Khoriri minta Fizi Ali jelaskan

Ujar Shakilla lagi, dia sudahpun bertanyakan perihal tersebut kepada Fizi namun belum ada sebarang alasan dan jawapan daripada penyampai radio Hot FM.

Dalam pada itu, pelakon drama Bisik Bisik Gelora berkenaan juga menyatakan bahawa bekas suaminya hanya memberitahu mahu membawa anak mereka ke taman tema air dan bukannya bernikah.

“Saya pun terkejut tiba-tiba dia berkahwin… Semalam Fizi ada datang ke rumah dan sempat kami berbual panjang mengenai anak
“Sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya… Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya,” ujarnya.

Shakilla Khoriri harap tak buat Ameena terasing

Dia juga mengakui tahu bahawa Fizi sudah ada pengganti namun tidak diberitahu yang akan berkahwin dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, pelakon berkenaan tetap mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya dan isteri baru namun memberi amaran supaya tidak sekali-kali menyisihkan Ameena atau menyakitinya.

“Saya harap sepanjang Ameena bersama Fizi dan keluarga baru, jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.
“Kalau dia gembirakan anak, saya okay tapi kalau dia disakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” katanya.

Artikel lain: Tiada adab! Shakilla Khoriri kecewa anak ditolak kanak2 lelaki sewaktu bermain

Difahamkan, Fizi Ali atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 34 telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Zulaikha apabila memuat naik gambar pernikahan mereka di media sosial semalam.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla pernah bergelar suami isteri pada 18 Februari 2018  dan berpisah pada Disember 2021. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.

Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin)

The post Shakilla Khoriri terkilan, mulut anak kena tekup dalam foto nikah bekas suami appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/N1PT8In
sumber : ohmymedia.cc

No comments