Pelbagai inisiatif dilaksana, KUSKOP berjaya capai KPI tahun 2023 menerusi 10 agensi
Setahun di bawah Kerajaan Perpaduan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya capai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun 2023 melalui pelbagai inisiatif baharu dan sedia ada.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick mengaku bahawa kejayaan itu adalah hasil komitmen dan kerja keras warga kementerian termasuk melalui 10 agensi dibawahnya.
KUSKOP berjaya capai KPI tahun 2023
Foto: Bernama
Difahamkan, KUSKOP melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu dengan melaksanakan sebanyak 187 program di seluruh negara sekali gus memberi manfaat kepada 755,909 usahawan perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi.
Lebih 22 program, skim dan bantuan baharu diperkenal dan dilaksanakan oleh kementerian melalui agensi Tekun Nasional, SME Bank, UDA Holding Berhad, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corp Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Inisiatif baharu KUSKOP dan agensi
Antara inisiatif baharu KUSKOP adalah Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), Skim Pembiayaan Usahawan Kraf, Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial, Skim Insentif Kelestarian, Skim Juara Lestari, Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS), Kursus Urus Tunai (KUT) Lanjutan, BRPlus, BRTani, dan BRJohorniaga.
Turut dilancarkan adalah Rakyat2E, RAKYATpreneur 4.0, Bank Rakyat UNIPreneur 3.0, Program Pengukuhan Eksport PKS (SMEs Go Global), Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro MADANI), Program Bumiputera Enterprise Enhancement (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak.
Foto: Harian Metro
KUSKOP melalui SKM turut memperkenalkan semula Program Young Entrepreneurs Strive For Success (YESS) yang tertunda pelaksanaannya sejak 2019 akibat pandemik Covid-19.
IKMa juga melaksanakan dua program baharu iaitu Program Bimbingan Bersasar Koperasi Besar dan Kursus Wajib (PLUS) (Program Lanjutan Tadbir Urus Lembaga Koperasi).
Dalam pada itu, INSKEN membuka cawangan pertama di Sabah dan kedua di Sarawak sebagai menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan latihan, sekali gus melahirkan usahawan di Borneo.
Bangunkan usahawan PMKS, koperasi
Selepas dilantik memegang portfolio itu, Ewon memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) dengan mencadangkan kepada Tekun Nasional agar menyediakan skim pembiayaan mudah khusus untuk usahawan yang berniaga di pasar tamu khususnya di Sabah dan Sarawak.
Skim tersebut dikenali Skim Pembiayaan Usahawan Tamu dimana seramai 1,108 penjaja dan peniaga kecil menerima manfaat dengan peruntukan sebanyak RM4.78 juta selepas dilancarkan pada Mac lalu.
Selain itu, beliau juga memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Kraf dimana Tekun menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000 bagi usahawan mikro dan kecil dalam seni pembuatan kraf, baju batik, kraftangan, cenderamata dan perusahaan dalam sektor kraf.
Foto: Sabah Media
Malah, dua program baharu akan dilaksanakan bermula tahun depan iaitu Program Rangsangan Koperasi Pelancongan di bawah SKM dan Projek Tamu Desa.
Keprihatinan kerajaan turut terserlah apabila memperuntukkan Belanjawan 2024 bagi menyediakan kiosk-kiosk penjaja yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil.
Artikel lain: Rai kejayaan usahawan, Noh Omar rasmi majlis Ikon Brand Awards 2022
Disebabkan komuniti di kawasan luar bandar juga memerlukan kemudahan sama, Ewon telah mengemukakan cadangan Projek Tamu Desa kepada Kementerian Kewangan semasa sesi libat urus penyediaan belanjawan agar peruntukan khusus untuk penaiktarafan kemudahan gerai keusahawanan dapat disediakan dalam Belanjawan 2024.
Pencapaian KUSKOP tahun 2023
Sementara itu, kementerian juga berjaya mencapai KPI dalam program-progam pendedahan dan pembudayaan keusahawanan, meningkatkan jumlah usahawan dan koperasi yang menerima manfaat program pemantapan kapasiti serta fasilitasi dan sokongan keusahawanan.
Menerusi program pembudayaan keusahawanan, setakat November tahun ini seramai 326,474 usahawan PMKS dan koperasi menyertai 24 program yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi-agensi.
Antara program disertai usahawan baharu adalah Program Sahabat AIM Usahawan Baharu (Pembiayaan SPI & SPI – iMuda), Program Tekun Usahawan Baharu (Pembiayaan Tekun Niaga), Graduate Mentoring Program (Bank Rakyat), Program Dropship & Agen (INSKEN), Program Latihan Intensif Dalam Talian Bagi Usahawan Generasi Baru (N-GENE) 3.0 oleh BPES, Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp dan banyak lagi.
Foto: TUBE SME Corp
Setakat November lalu, seramai 292,530 orang menerima manfaat dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM5.190 bilion yang disalurkan oleh agensi-agensi di bawah kementerian.
Dasar dan Pelan Induk
KUSKOP juga telah menggubal dan melancarkan beberapa dasar dan pelan induk bagi memperkasanakan lagi usahawan PMKS dan Koperasi termasuk Dasar Koperasi Negara 2030 (DAKOM 2030), Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil (P3PK) dan Pelan Pemformalan Usahawan Informal.
Ia adalah sebuah dokumen yang menggariskan langkah strategik bagi membantu dan memudahcara pemformalan usahawan informal sebagai perniagaan berdaftar.
Aspirasi KUSKOP 2024
Foto: Nabalu News
Aspirasi ditetapkan untuk tahun 2024, sejajar dengan visi dan misi KUSKOP menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul dan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik serta kondusif bagi menyokong pembangunan sosioekonomi negara iaitu:
- Meningkatkan penyertaan PMKS dalam industri berimpak tinggi (HGHV) bagi memperkasa rantaian bekalan domestik dan rantaian nilai global.
- Memperluas akses dan peluang pembiayaan bagi meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan perniagaan, meningkatkan kapasiti dan keupayaan usahawan supaya lebih kalis cabaran dan berdaya maju.
- Melaksanakan program-program peningkatan kesedaran, kesediaan kemampanan dan tadbir urus korporat bagi memperkasakan PKS supaya bersedia menerokai pasaran modal.
- Memacu pertumbuhan Gerakan Koperasi supaya lebih kompetitif dan berprestasi tinggi melalui transformasi sokongan koperasi dan penglibatan dalam industri berpotensi.
- Memperkukuh ekosistem keusahawanan sosial melalui perluasan peranan perusahaan sosial untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Justeru tidak dapat dinafikan, KUSKOP di bawah pimpinan Ewon telah melaksanakan pelbagai transformasi dan menyediakan banyak platform kepada rakyat demi mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.
The post Pelbagai inisiatif dilaksana, KUSKOP berjaya capai KPI tahun 2023 menerusi 10 agensi appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/OompqC4
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment